Search for:

MyTAXO® bermatlamat untuk membantu Usahawan dalam meningkatkan pengetahuan mengenai Cukai Pendapatan serta membantu Usahawan menguruskan cukai mereka dengan teratur dan berhemah.

Oleh itu, pihak kami sangat mengalukan sebarang pertanyaan dari pelanggan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

MyTAXO® adalah Sistem Cukai Pendapatan Individu. Oleh itu semua individu yang menjalankan perniagaan secara sepenuh masa atau separuh masa sangat sesuai menggunakan sistem ini.

Contohnya adalah seperti berikut:

  1. Perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Perniagaan 1956
  2. Dr Locum
  3. Artis dan Selebriti
  4. Pekerja yang Bergaji Tetap tetapi menjadi Agen atau Stokis secara separuh masa
  5. Pekerja yang Bergaji Tetap dan menerima pendapatan lain seperti sewa, komisen
  6. Pemandu E-Hiling

Data anda disimpan secara cloud dalam talian. Justeru, anda boleh mengaksesnya di mana-mana sahaja. Selain itu, Syarikat juga telah menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat server di Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiada Had Penyimpanan Dokumen kerana tujuan Sistem ini adalah untuk membantu Usahawan dalam menguruskan dokumentasi percukaian.

Tidak Sama. Sistem e-filling adalah milik Kerajaan Malaysia dan dikawal sepenuhnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Manakala Sistem MyTAXO® adalah platform penyimpanan rekod dan data yang disediakan oleh Syarikat Lab System Industries PLT tetapi dikawal oleh Pelanggan melalui Langganan ID.

Boleh. Anda hanya perlu merekod pendapatan yang diterima dan belanja yang dilakukan. Sistem akan menjana Penyata Untung Rugi dan juga mengira Cukai anda secara AUTOMATIK. Anda boleh memuat turun PNL dan Tax Comp dalam bentuk PDF.

SANGAT BOLEH kerana sistem ini khas untuk individu yang tidak mempunyai pengetahuan Cukai. Hanya masukkan data, sistem sudah auto sediakan Laporan Tax Comp dan Elaun Modal dan turut boleh dimuat turun dalam bentuk PDF.

PERLU kerana ianya sistem yang berbeza. Menghantar BNCP sama ada secara manual atau e-Filling adalah wajib dan menjadi tanggungjawab anda sebagai Rakyat Malaysia.

MyTAXO® adalah tempat untuk anda menyimpan dokumen yang diperlukan oleh Audit LHDNM. Dan boleh ditunjuk kepada Pegawai LHDNM pada bila-bila masa LHDNM perlukan. Pihak kami akan menyimpan data anda di server sekurang-kurangnya selama 7 Tahun.