
Ingat Cukai, Ingat MyTAXO®
MyTAXO® adalah SISTEM PENGURUSAN CUKAI PENDAPATAN DALAM TALIAN khusus untuk PERNIAGAAN INDIVIDU yang bersaiz Mikro dan juga Kecil dan Sederhana (PKS) seperti Perniagaan Milikan Tunggal, Freelance, Online Business, Stokis dan Agen Produk, Agen Hartanah, Dr Locum, Influencer, Artis, Penulis Novel dan seumpamanya.
Walaupun MyTAXO® fokus kepada dokumen percukaian, ianya juga dilengkapi dengan Laporan Kewangan seperti Penyata Untung Rugi (Profit and Loss Statement/ Income Statement) yang sangat diperlukan dalam sesebuah perniagaan. Dengan adanya pelbagai modul seperti “Cashflow” dan “Tax Computation”, sistem MyTAXO® sangat membantu usahawan dengan segala urusan perniagaan supaya lebih teratur dan tersusun.
Sistem yang sangat mudah ini akan membantu anda dalam melihat JUMLAH CUKAI yang perlu dibayar oleh anda pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Bahkan, anda juga boleh menggunakan laporan dan dokumen yang dimuat turun dari sistem ini untuk dihantar ke LHDNM sekiranya anda menerima SURAT AUDIT dari LHDNM. Secara tidak langsung anda akan dibantu dalam penyediaan dokumen audit yang diperlukan oleh LHDNM.
Dan anda juga boleh menggunakan Laporan Cukai yang dibangunkan khas dalam sistem ini untuk membuat pinjaman perniagaan kerana ianya sangat lengkap!


FUNGSI MyTAXO®

Bagi mereka yang inginkan sebuah sistem untuk perniagaan yang mudah, senang dan komprehensif, MyTAXO® adalah jawapannya kerana ianya dilengkapi beberapa ciri yang sistematik dan bersepadu.
Pengguna boleh melihat bagaimana perniagaannya memperolehi pendapatan/ jualan (duit masuk), dan ke mana duit tersebut dibelanjakan (duit keluar)
Pengguna boleh melihat ringkasan kepada jumlah pendapatan, kos dan juga perbelanjaan perniagaannya, sama ada perniagaannya menghasilkan keuntungan ataupun sebaliknya.
Pengiraan secara automatik bagi potongan yang dibenarkan bagi pembelian aset sebagai ganti susutnilai. Juga mengambilkira EMD (Elaun Modal Dipercepatkan).
Pengguna boleh melihat status kedudukan cukai pendapatannya, sama ada layak dikenakan cukai atau tidak dikenakan cukai.
Laporan ini mengandungi maklumat Penyata Pendapatan, Tuntutan Elaun Modal juga ringkasan kepada kedudukan cukai perniagaan Pengguna.
MyTAXO®
MUDAH, CEPAT & TEPAT

Masukkan Data

Muat Naik Dokumen

Muat Turun Penyata & Laporan
