LAB SYSTEM INDUSTRIES PLT (LLP0025299-LGN) yang dahulunya dikenali sebagai FIRST LAB VENTURES SDN BHD (1278982-U) telah ditubuhkan pada tahun 2018 dengan salah satu aktiviti perniagaannya adalah memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan kewangan dan percukaian.
Permintaan yang tinggi setiap tahun dalam urusan cukai telah memberi inspirasi kepada syarikat untuk mengkaji dan membangunkan sistem yang membolehkan pelanggan menyimpan dokumen perniagaan serta menguruskan cukai mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja iaitu Sistem MyTAXO®.

VISI MyTAXO®

Menjadi Syarikat Bumiputera yang terkemuka dalam menyediakan Sistem Perkhidmatan Cukai Pendapatan yang Berkualiti Tinggi kepada Usahawan menjelang Tahun 2025
MISI MyTAXO®

Untuk terus menawarkan Produk dan Perkhidmatan yang memudahkan Proses Pemfailan Penyata Cukai Pendapatan kepada Usahawan
OBJEKTIF MyTAXO®
- Memastikan Sistem dan Perkhidmatan yang disediakan sentiasa berada di tahap yang berkualiti tinggi;
- Membantu meningkatkan bilangan Pemfailan BNCP Individu (Borang B) dan Borang Perkongsian (P) di Malaysia
- Mensasarkan Pengguna seramai 5000 Pengguna pada Tahun 2025
- Memperluaskan Penggunaan Sistem MyTAXO® kepada Persatuan dan Syarikat bertaraf PLT;